Wednesday, December 2, 2009

:: WWW.FIRST-SCHOOL.WS ::

Hari ni share website http://www.first-school.ws/ dengan korang. Jumpa da lama da, tapi baru semalam sempat bagi DANIA try out dia punya worksheet. Lets check it out!

click HERE to print (acorn)
dia suka guna magic pen ni
tp aku kena hati2, klu tak habis tgn dia


click HERE to try (aligator)
 
 
ni COVER MINI BOOK
suppose, kena potong, lepas tu bind mcm buku
so dia boleh pegang
dan buat rujukan


 ni STANDARD WORKSHEET
kat bawah dia ada 4 gambar
bg anak korang color
lepas tu gunting

then
tampal kat SINI
sok2 aku nak eliminate kan
then bind mcm buku
so dia boleh baca2 dlm kereta


DANIA masih perlu kan ass utk buat ni


bila da penat belajar
mintak upah susu pulak
si adik pun menyibuk sama


Untuk huruf A ni, dia ada short A la, Long A la... so malam tadi aku try short A ajer, malam nanti aku nak try hurf B pulak. Huruf C tak silap aku ada 3 jenis... aku tak tau la nak try tiga2 tu, atau try basic C dulu.. Ada lagi beberapa huruf yang ada 2 3 versi. Versi HARD la, versi SOFT la... mcm2.... patut la aku tak axcell2 BI..... hahahahahahahaha
aku macam malas pulak nak type detail2, anything yang korang tak paham, boleh tinggal komen yer, nanti aku jawap. Buat entry ruching2, so tak boleh nak pikir susun ayat... heheheheeheh






Tuesday, December 1, 2009

:: DANIA'S DEVELOPMENT ::


Hari ni nak cerita gembira la pulak. Penatla asyik cerita sedih ajer kan. Meh, nak kongsi perkembangan DANIA setakat ini.

:: HURUF ::
Dania da boleh kenal huruf. I can say 89% CAPITAL LETTER dia kenal. Tapi kekadang ada gak yg tersalahnya. Contoh nya mcm huruf I. Dia confius sebab ada I yang ada tanda atas bawah, dan ada yang lurus ajer. Lagi huruf F, sebab mcm jarang2 guna, confius I dengan J. Untuk SMALL CAPITAL masih lemah lagi, kecuali huruf2 yang sama mcm CAPITAL LETTER jer, cth huruf U = u, W = w, S = s, tu senang dia kenal.


:: NOMBOR ::
Masih tak kenal nombor lagi, kecuali dia kira dulu. Contohnya klu nombor 5, kat situ ada 5 bola. so dia kira bola2 tu, baru dia sebut, no 5.


:: WARNA ::
so far warna yang dia kenal warna oren dgn coklat ajer. Warna lain, main sebut ajer.


:: SHAPE/BENTUK ::
so far dia kenal circle, triangle dgn square ajer. Tapi yang paling dia ingat triangle. Yang syok tu, dia sebut triangle dengan pelat2 dia... poyo pulak aku rasa. Bila aku sebut rectangle, da confius lak dengan triangle...


:: PAMPERS ::
DANIA gak da free from pampers skrg ni, tapi malam masih kena pakai lagi. Tido siang pun kena pakai gak.


:: SEMBAHYANG ::
DANIA gak da nak ikut2 sembahyang. Yang best tu dia selalu mandi dgn aku (pagi2), so bila aku ambik air sembahyang, dia pun nak ambik gak. Lepas tu smlm pagi, mcm biasa la, ambik air sembahyang. So b'4 aku sembahyang subuh, aku lap2 badan dia, pakai kan baju dia dulu kan. Lepas tu dia boleh melalak2 nangis2, tunjuk2 pipi dgn muka dia. aku tak paham. Aku ingat aku lap guna towel kuat sgt. So aku biar je la, sebab sampai kesudah aku tak paham dia nak ckp apa. Hari ni bila ambik air sembahyang pagi td, dia ckp dgn aku, jgn lap muka dia, lap badan dia ajer... oooooooooooooooooooo baru aku paham, smlm yang dia menangis melalak2 tu, sebab aku da terlap air sembahyang dia.. aduhai..... gelak aku....smlm nya cerita, baru paham hari ni... APA DA, BENGONG MAK KO NI....

tu je la kot, tak de la banyak mana, tapi ok la dari tak dapat apa2 kan.













Monday, November 30, 2009

:: HRH'S POST MOTERM ::


HRH stand for Hari Raya Haji. Hahahahahah, dapat idea dari bapak mertua aku. Sebab dia beli kereta sorong baru, nak letak daging kurban, then orang tua tu, segala benda yang baru, dia akan conteng tarikh kat benda tu. So dia punya kreatif, dia g spray kat kereta sorong tu HRH then tarikh dia beli kereta sorong tu... Rumah dia byk date2, date orang sipolan2 pinjam duit la, date beli kereta baru la.... date anak beli kereta baru, ada ajer dia conteng kat meja la, kat pintu la... hahahahahah Kalau dapat cucu baru, dia conteng kat al-quran. Contoh nya mcm dania hari tu, dia tgh mengaji kat juzuk ke berapa, so dia conteng la, tarikh lahir dania, mcm tu gak cucu2 dia yang lain.

enuf with that, nak cerita post morterm hari raya haji aku hari tu. Entry ni tak bergambar, so mungkin agak boring sikit. Tak per,sebagai kenang2an aku. Well hari khamis hari tu aku masih kerja lagi. Kena berkorban untuk kwn2 yg ada kampung nak balik kampung. Aku yang tak de kampung ni kena kerja back-up diaorg la. Hari khamis tu, aku doa2 harap2 tak petang la... I hope, i can stay in thursday ajer, tanpa melalui hari raya. Boleh gitu? klu ada kuasa ajaib boleh la... Tapi hidup mesti di terus kan!, so balik la rumah ptg tu, dengan ketabahan di hati menghadapi hari2 mendatang... Kahkahakahh.. lawak2... make it fun... dont be sad...

So, laki aku kerja malam, b'4 dia g kerja malam tu, aku da siap prepare barang2 nak masak esok nya. Since no lontong this year, aku rebus nasi himpit segera. No sweat  la... malam tu siap rebus nasi himpit mini. Aku beli 2 paket. 1 paket ada 30 biji, since i can see no want yang nak mkn masakan aku, so aku rebus 1 paket ajer. Kang membazir pulak. Mlm tu aku da sesiap masak kuah kacang jugak. Then pkl 11.30, aku anak beranak off to bed. Laki aku pergi kerja.

Mlm tu tido tak lena, da sebulan pun tido tak lena. So pkl 5.30 aku da bgn, sebab dgr bapak aku da bangun. So aku ckp dgn bapak aku tolong parut kan kelapa. Aku tak berani nak mesin kelapa. Lps subuh terus masak sayur lodeh dgn rendang ayam. Kali ni aku masak 2 ekor ayam ajer. Cukup la, nak hantar rumah yg dekat2 ni kan. Eventho ai think no one want to eat my masakkan, i think this is my tanggungjawap to prepared the dish. No sweat la. So by 7.30 siap semua nya, budak2 pun da bgn, mandi2kan diaorg. And lepak2 je depan tv. Bila laki aku balik around 9.00am, mkn2 then dia tido. Aku dan anak2 tgk tv sambil belajar2 je sikit. Lps tu dlm pkl 12.00 pakcik aku dtg. So chit chat, then dia blah.

Lepas tu kejut laki aku suruh g sembahyang jumaat, sebab aku da tak sabar2 nak balik kampung. hehehehehehe... lps dia balik sembahyang jumaat, aku rasa mcm malas pulak nak balik kampung (bukan malas nak balik, tapi rasa nak balik lps asar lak. So pkl 4 mcm tu, aku siap2 kan budak2 tu, kitaorg pun balik kampung. So aku bungkus kan sesiap lauk utk abang aku. Sampai rumah abng aku, mmmmmm muka semacam, well i guess berita da tersebear la kot. Tak per, tanggung jawap adik kepada abng, hantar je mknan tu. Nak mkn, mkn, tak nak sudah. So balik la rumah mak mertua aku

Hurayyyyyyyy!!!!! lupa sekejap masalah aku... stay sana sampai hari ahah... seronok, tapi kekadang teringat jugak masalah2 sedia ada... tp tak boleh di pikir kan sgt la... lantak situ la kan. Well, kat rumah mertua, mak mertua aku buat lontong. Hurayyyyy!!!! dapat jugak makan lontong this year kan... Nikmatnya... no sweat la.

Sabtu abg ipar aku sekluarga buat kurban, So melapah, memasak la kitaorg... seronok, best nya la hidup harmoni mcm ni kan...mlm tu ada bakar2 sikit, aku tak joint pun, sebab tak ramai pun. ptg tu da start bakar2 da pun.

Ahad tu nak g kenduri rumah makcik aku kat shah alam. Pkl 11 mak mertua aku ajak adik ipar aku g jusco, tapi aku gatal nak ikut sama. Ajak laki aku. Pkll 11.15 baru dia bagi kata persetujuan. Cepat2 siap, terus g JJ bukit tinggi. Jln2 kejap, pkl 1 balik rumah. Siap2 tukar baju, terus g rumah makcik aku kat shah alam.

Sampai shah alam, buat tebal muka ajer. Since aku tak tau saper 'yg da tahu' kes aku. aku tgk semua org ok ajer, termasuk seorang pakcik yang aku confirm 'da tahu'. Syukur sgt2, dia boleh berlagak seprti biasa, tanpa mencapur aduk kan masalah kami. Pakcik yang lain, aku tak sure. So biasala, tanya2 mana parents aku, so aku jawap la aku dr kampung kan.

Then balik rumah, laki aku basuh baju, sidai baju ;-) (bab ni aku suka, laki aku rajin), aku lak kemas baju, brg2 budak (tido kampung 2 hari, baju/brg2 mcm tido seminggu, hahahahahahah), then suruh budak2 tido. Ptg abg aku dtg. Then kakak ipar aku lepak dgn aku. So cerita la masalah kami kat dia. So far, alhamdulillah, dia tak mudah percaya. Cuma abg aku nampak mcm percaya. Tak pe la. One day, one time, Allah will show.

So, kesimpulan nya, i can say "I'VE SERVIVED THE DAY!". heheheheeheh

note: i've discussed the matter with my hub, and we decided to move out. tapi bukan la dalam masa terdekat ni. Insyallah klu ada rezeki. i think its time to move out and live independently. my friend always quote "yang jauh itu wangi, yang dekat itu busuk". pikir2 kan dan selamat beramal.... heheheheeheh







Thursday, November 26, 2009

:: SCHOOL ::


Member aku mazrina, tinggal komen kat entry sebelum ni. Soal nya, DANIA sekolah kat mana tahun depan? Since aku nak menjawap panjang lebar, aku buat entry ni. Thanks to her, sebab bagi idea nak buat entry apa hari ni. Kalau tak, mesti tak de entry.

Well, sejujurnya, aku berniat nak sekolah kan DANIA tahun depan. Since aku ni berangan mcm org kaya, nak sekolah kan anak kat sekolah yang best2 ajer. Malang nya, servey punya servey, yuran kemasukkan sekolah yang best2 tu ajer dan mencecah beratus2 ringgit and even beribu pun ada. Ater nya, sekolah mahal2 je pun yang terima budak 4 tahun ni. Sekolah2 subsidi kerajaan mana nak terima budak 4 tahun ni. Terima budak 5 tahun pun da cukup baik da.

Simple calculation, registration around ratus2, tak tau berapa ratus, letak la dalam RM500-800. Monthly fee dalam RM80-100. Then transportation balik rumah babysitter another RM50-RM80. Then bayar babysitter lagi. Tak bengkong aku laki bini? Da la aku nya status tak confirm2 lagi. Kalau da confirm, boleh aku lenjan duit KWSP. well, tak per, biar dia beranak pinak dulu. Harap2 nya tahun depan boleh kuar, so boleh beranak lagi. Tak sabo nak ngadung balik ni... (apa kaitan ntah)

Sebab tu la korang tengok aku rajin semacam ajer ajar DANIA kan? well, aku kena kerja lebih sikit la, sebab kena ajar dia kan. Tak kan aku nak biar dia tak sekolah, lepas tu tak ajar dia lansung. Nanti dia ketinggalan dari anak2 korang yang da sekolah sejak 3-4 tahun lagi.

Satu lagi sebab aku tak hantar DANIA g sekolah, sebab aku tak sampai hati kat babysitter. Sebab aku ingat bila aku hantar DANIA sekolah, aku akan pilih sekolah yang siap ada day care sekali. So tak payah aku nak bayar byk benda. Bayar day care sekali ajer, let say RM500 kan. Kalau tak, aku kena bayar transportation, kena bayar babysitter sebab DANIA will transit kat rumah dia kan. So perbelanjaan tu double la. Kata la aku hantar DANIA sekolah yang sesiap ada day care, so income untuk babysitter aku akan berkurangan, sebab DANIA da tak dok dengan dia kan? so, aku tak sampai hati la.

So aku pikir, kalau dapat anak lagi sorang, tinggal kan kat rumah babysitter dgn ALISYA, DANIA boleh la sekolah. kalau dia tak duduk kat day care tu pun, dia boleh balik rumah. Da besar kan, boleh jaga diri sendiri. Mak bapak aku pun ada kat rumah tgk2 kan. So tak de la income babysitter aku berkurangan, sebab aku da tambah anak kat dia.

itu la antara sebab kenapa aku tak sekolah kan DANIA tahun depan. Tahun depan DANIA baru 4 tahun pun. Insyallah 5 tahun nanti aku sekolah kan dia. Dan sebab tu jugak la, aku kena rajin ajar dia...









Wednesday, November 25, 2009

:: TEMPAT SIMPANAN ::

Sebelum ni, semua art works DANIA, aku g tampal kat dinding bilik. Seronok gak, sebab bila ALISYA masuk bilik tu, dia akan point out gambar2 tu, sambil merming la. Agaknya dia tanya, ni gambar apa? So aku ckp la, gambar apa yg ditujuk tu kan. Cth elephant ker, watermelon ker kan. Tapi sometimes, tangan dia gatal jugak. Dia bukan sahaja point out gambar tu, tapi dia koyakkan sekali. Budak tu memang lain mcm sikit.

So, click sana clik sini, aku jumpa satu homeshooler punya blog (can't remember la, apa nama blog URL dia), dia simpan artworks anak dia dalam fail plastik. Ohhh.. aku rasa its a great idea la, so boleh tahan lama sikit benda tu kan, tak de la koyak ke haper kan. So aku pun g la servey fail plastik yang biasa kita letak sijil2 kita tu, (aku nya sijil semua simpan dlm fail plastik tu, then senang, hangkut bawak g interview). Tapi fail tu mahal la. Dalam belas2 ringgit. So aku teringat masa kerja company dulu, dia ada beli plastik dia sajer, da siap2 puncher, so kita boleh simpan dalam fail sendiri. So cari punya cari, jumpa kat giant. Murah ajer, 10pcs RM3.49.


Tada!
ini la hasil nya






esok2 kalau da banyak artworks DANIA atau aku ada duit lebih, aku akan asing2 kan fail ikut subject, cth, shapes, colors, numbers etcs. Sekarang ni aku dumb semua dalam 1 fail.

notes: masih mencari color printer... klu la kerja company lama, da lama aku lenjan printer tu!







:: LETS TRY THIS OUT ::

Saper2 yang nak try, apa yang DANIA da pernah buat so far, boleh la rujuk kat link2 yang aku da bagi kat entry ini. Saper yang rajin, boleh la explore to get more excersice worksheet utk anak korang.


belajar tulis huruf A
so far tak pandai tulis lagi without tracing the dotted line

see? herot2,
gasak la
janji ada kemahuan
seronok dia dapat main magic pen


click HERE to try out this worksheet

budak kecik ni menyibuk
bila nampak camera je,
terus angkat tgn

F for frog




clik HERE to try this out


dan lagi
gambar budak ini


click HERE to try this out
yang ni pulak,  learn colors & numbers
color by number
setiap ruangan tu da ditulis no.
so color ikut no tu


click HERE to try this out

every nite dapat 2-3 sheet jadi la kan? memupuk semangat nak belajar.







Tuesday, November 24, 2009

:: JALAN-JALAN CARI PASAL ::

Jumaat lepas g teman sorang kawan aku yang nak bertunang 12 dis ni. At 1st, tak de plan pun nak kuar, tapi tetiba  kena kuar gak, kan fiqah kan? *kenyit mata*

so misi utama mencari baju dan bag. Masa ni duit tak dak lagi, so kita servey2 je dulu. Nanti gaji, boleh terus ambik. Seronoknya dapat keluar jalan2. Da lama tak keluar jalan. Selalu jumaat aku dok opis ajer. Kali ni dapat keluar, seronok betul. Tapi tak seronok sebab duit tak dak. Dapat teman member shopping pun da seronok da, kalau dpt shopping utk diri sendiri lagi seronok kan?

ni la bakal tunang org tu
tengah cari baju
kain ni lawa, tapi syg da habis
tak cukup utk baju dia


ni pun lawa gak
dan memang yg ni pun yg dia ambik
mahal
semeter seratus lebih
idok la makcik beli
tak per2, bakal raja sehari kan?
beli je, asal ada duit



ni lak, singgah butik guess
bag ni cantik
aku suka, dia suka
harga RM3++
lawa kan?
ada 2 warna
cream


aku rasa matching2 dgn dia
tak besar sgt dan tak kecik sgt

ni warna kelabu
korang rasa mana cun?
kelabu ke cream?
aku suka cream


matching purse
yg kelabu tu small purse
yang cream tu medium purse
tapi yg kelabu tu comel jer


 ni versi yg besar
aku sgttttttttttttttttttttttttttttttt suka
ni matching2 dgn aku kan?
RM499
tapi utk hantaran, yg ni tak sesuai kot
tapi lawa gak kan?
klu dia tak kisah, boleh ajer
hantaran kita, terpulang kita la kan
tapi klu beli yg kecik dgn wallet td baru RM5++
tapi klu beli bag ni tambah wallet, da jadi RM7++
baik go for bag yg kecik td tu ajer


ni clutch
klu g dinner2
boleh bawak ni
tp org mcm kita2 ni
g dinner mana ajer la
kena sedar diri gak dlm membeli ni kan?
so, this one not practical
beli benda yang practical yer, yg boleh dipakai selalu


ni partner in crime
sedang mencuba tudung ct
warna tudung ni matching dgn kain yg td member aku pilih tu
mahal tudung ni
RM100.00
member aku tak ambik pun
dia nak cari yang lain dulu


tu je la. best nya org nak kawin. Best sebab boleh shopping2... seronok nya... dia yg nak kawin, aku lak yg hover. Fiqah, ko da cari kasut belum?







:: DISCLAIMER/PENAFIAN ::

SEGALA MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENGARANG DAN ADALAH UNTUK KEGUNAAN PERIBADI SAHAJA. BLOG INI DIBINA SEBAGAI CATATAN PERJALANAN HIDUP PENGARANG, EN. SUAMI, ANAK-ANAK DAN BIDANG KERJA PENGARANG. SEBARANG BENTUK SALINAN, CETAKAN DAN SEBAGAINYA ADALAH DILARANG SAMA SEKALI. PENGARANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DI ATAS SEBARANG KESULITAN YANG TIMBUL AKIBAT PENYALAHGUNAAN SEBARANG MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN

UNTUK MAKLUMAN, SEMUA ENTRI DIBUAT DILUAR WAKTU PEJABAT DAN DI AUTOPUBLISHKAN SEPANJANG HARI

SEKIAN, HARAP MAKLUM!

:: OUR BIG DAY ::